Assalammualaikum awak awak.
Happyy weekends. Moga moga hujung minggu anda semua produktif lah
hendaknya. Kalau dapat buat sesuatu yang menyeronokkan kan best. Hahahaha.. al
maklumlah, I’m having an unproductive day hari ni..duduk terperap dan
terlindung dari sinaran UV ,tambahan pulak sesorang dan hanya bertemankan
gadget gadget and wifi yang ada ni je lah. Haih lah labu..nasib lah.
Moga tak tepu lah ye.
Heee okay .so bagi menghilangkan rasa bosan, actually entry ni special
sikit, tu yang saya dahulukan update yang ini, tapi entry entry lain yang awak
awak minta saya ulaskan or bagi pandangan, saya akan buat as soon as I can. Btw
thanks sbb bagi feedback ye.Okay. Jangan risau ye awak. I’ve Got lot of time
hari ni.
Okay lah,saya nak tanya,
Boleh
saya tahu apa ertinya hubungan kawan? Atau pun persahabatan?
Apa yang kamu semua faham? It’s okay, jawab dalam hati masing masing.
adik adik yang saya sayang |
yang paling tahan dengan saya |
Awak ,
Kawan?
Sahabat? Teman?
Semuanya boleh dikatakan hampir sama erti nya. Satu perhubungan yang
baik dan positif yang mostly semua orang ada. Mereka insan yang tahu siapa
kita, walau tak banyak pun. Mereka insan yang kita rasa selesa nak berkongsi
rasa dan kadang-kadang ada rahsia yang kita rasa kita boleh harapkan mereka
untuk menjaga dan membantu kita menjadi pendengar yang setia. Kawan jugak
sebahagian dari insan insan yang kadang kadang buat kita bahagia bila kita duka
and share masalah dengan kita.yang satu kepala,yang boleh masuk, yang macam
macam lah.sampaikan kadang kadang kita ni rasa kawan kita ni best sangat sampai
brotherhood sissterhood bagai lah.
Tapi,
Apa yang saya boleh cakap, trust me, cara lelaki dan perempuan berkawan
memang berbeza.
Tak caya? Cuba p riki riki sana :D
Tapi itu bukan point saya rini, point saya pasal kawan yan doq pot pet
mengata or lebih tepat memburukkan or kadang-kadang membocorkan rahsia kawan
dekat orang lain belakang dia, and yet masih berkawan macam biasa, buat dunno
je.
uish!! Sakit hati? Marah? Geram? Rasa nak smack
down? tu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’
dengan kawan sendiri, yang kadang kadang kita anggap dah macam adik
beradik dah.
Okay lah,kalau kita ni tak rapat sangat, mungkin lah tak rasa teruk
sangat .Tapi bila sekali kena dengan kawan yg rapat dengan kita
selama ini, it’s feel torn apart inside.Sakit bro. Memang sakit. Sakit
tanpa luka bosh! hhahaha.
Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini
daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain
mengetahui kesedihan yang menimpa kita.
Pernah tak face masalah macam tu? Mungkin ada yang pernah melaluinya dan
juga mungkin ada yang melakukanya.
boleh ke dikatakan Kawan Hipokrit???
Boleh dikategorikan kawan makan kawan kan? Kira
talam dua muka, depan lain belakang lain, hipokrit tahap tak ingat dunia
punya.tak ingat kenangan kenangan sesame. Tanpa segan silu, tanpa ingat status
kawan tu, mengutuk, mengata ,menghentam dan allahu paling terok membocorkan
rahsia yang sepatutnya menjadi amanah dia. Memang, memang penat nak face orang
macam ni, tipu lah kalau saya tak pernah lalui benda ni, tapi kalau saya, saya
saying nak putuskan hubungan tu, ye la, buat apa nak bergaduh sebab ni kan, tp
disebabkan dah kene setepek sepenyek kat muka, no more lah macam macam sebelum
ni, no more rahsia yang akan kita kongsi,no more rasa hati pun yang akan saya
luah. no more!no more! no more! Apa saya buat dengar jelah, lepas tu masuk
telinga kanan keluar telinga kiri. Sebab rasa tak berbaloi untuk bermasam muka
sebab perangai hantu kawan mcm ni. Tapi kalau pekara tu too much mcm
kadang-kadang dalam drama tu,ahahaha..memang kena hentam lah jugak. Tapi with
me jangan risau, cara saya lembut je ;)
Nasihat saya lah kan?
if ada kawan macam tu, learn
something, kalau betul dia macam hantu belakang awak,haprak punya kawan, jangan
lah kongsi apa apa yang penting and awak rasa boleh menjatuhkan awak kalau
orang lain tahu dekat dia, and pasal dia burukkan awak, its okay. Manusia yang
mendengar tu kalau bijak pandai dia tahu siapa yang buruk sebenarya, tu ha,,
yang dok memburukkan tu buruk. tak payahlah nak balas dendam ke apa, terima je
kay,
Ingat, apa yang keluar dari mulut dia tu, Allah yang gerakkan, mungkin
jugak nasihat dari Allah dan mungkin jugak peringatan dari Allah kan :) Yang
penting, kawan macam tu boleh dikategorikan sebagai ujian Allah jugak untuk
kita to be a better person.
Ada salah satu pesan Nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya,
"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebakan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan kamu kepada orang "
maafkan je. Forgive and forget. Orang tu pun pernah jadi
kawan kita kan.dengan memaafkan je yang boleh buat kita hidup dengan
tenang.yang penting kita ni cuba jadi yang terbaik, kawan yang terbaik. sebab
apa taw? sebab kawan yang baik akan sentiasa dihargai. :)
paling manja |
gula hati |
sampai bila bila |
okay, got to go. Moga moga entry kali ni bantu anda semua dalam
handle situasi macam ni. Its okay untuk rasa mara ke apa ke, fitrah manusia
tindak balas bila terluka. tapi bijak bijak dalam mengawalnya ya. Tak baik
putuskan tali persaudaraan, ingat tu. banyak lagi cara lain untuk kita
fikirkan. :) Ingat, apa pun, IKHLAS dalam apa pun pekara dan yang kita rasa.
tahu kenapa? sebab
allah suka orang yang ikhlas, dan Allah sentiasa bersama dengan mereka yang ikhlas :)