tika ini..jari ini seakan mahu berkongsi akan sesuatu.
moga moga perkongsian ini mampu dimanfaatkan semua.
In Shaa Allah
Sahabat.
Aku pernah ditanya..
"Apa perasaan awak bila melihat manusia yang berjalan berpimpin tgn dgn bukan muhrim?
Takkan awak tak merasa apa apa mahupun terdetik sesuatu?"
Jujur..aku sebenarya agak terkedu dgn persoalan ini..dari insan biasa biasa.Tidak lah se'geng' penampilanya dgn ku.Org nya biasa biasa saja.Yang aku tak pernah terjangka bahawa dia ingin menanyakan apa pemikiran ku.
sahabat..yang mampu aku luah hanyalah..
"Tulus dari hati..tidak lah hati ini sewenangnya merasakan bahawa mereka adalah penghuni neraka..tidak lah berhak untuk aku menghukum mereka sdgkan aku juga belum tentu sempurna.Siapalah diri ini meletakkan mereka di sesuatu tempat yg sedangkan itu semua rahsia di atas sana.Yang aku mampu lakukan sekadar mendoakan mereka agar menyedari dosa itu dan diberikan hidayah. Sesungguhnya kita tahu akan itu maksiat..dan sebagai seorang islam kita sedar akan itu dosa..
Allah Subhanahu Wa Ta’ala Berfirman :
مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
“Barangsiapa yang melakukan kejahatan (maksiat dan dosa), niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah”. (QS An Nisa’ 123)
Para sahabat menyatakan bahwa inilah ayat Al Qur’an yang paling berat bagi mereka, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim bahwa Aisyah mengatakan kepada Rasulullah bahawa inilah ayat Al Qur’an yang terasa paling berat bagi dirinya. (Tafsir Ibnu Katsir Juz 1 hal 558)
Mungkin..
Ruang ini akan ku selitkan dengan nasihat yang mampu aku sampaikan..bukanlah pakar..bukanlah ilmuan ..insan biasa yang sama sama ingin berubah menjadi baik..sama sama menuju ke syurga..ke jalan Allah..kerana Awak..syurga itu sangat luas.
Dalam satu hadis ada mengatakan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat
“Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.”
Apabila nafsu sudah ditawan syaitan.. manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang putus brek nya..
Sahabat apa pun..Kita sendiri tahu akan bahaya zina itu.Kita sendiri arif akan akibat2 yang kini sering kita dengarkan.. Jadi lebih baik kita mencegah..dan awak..teruslah memohon ampun dari yang esa.
Sesungguhnya Allah itu tidak pernah berputus asa pada hambanya..dan pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
Sahabat ingin saya kongsi akan doa yang Nabi s.a.w selalu membanyakkan
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Andai terasa sukar untuk kita sendirian..Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Maka sahabat, ingin aku titipkan pesan terakhir.. jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Terima kasih