Tajuk entry tu, hmm actually tajuk tu cadangan from one of my readers. Alhamdulillah, lama tak menulis pun still ada orang yang keep in touch. btw firstly thanks untuk respond.
Tajuk yang dia bagi ni quite interesting and inn shaa allah attract people nak baca.
Mungkin jugak kerana saya pun tertarik pada mesej yang tersirat di sebalik ungkapan di atas. Atau…. Mungkin ianya berkait dengan hati. Mungkin hati kamu yang membaca, dan mungkin juga hati saya yang bercerita.
Mungkin jugak kerana saya pun tertarik pada mesej yang tersirat di sebalik ungkapan di atas. Atau…. Mungkin ianya berkait dengan hati. Mungkin hati kamu yang membaca, dan mungkin juga hati saya yang bercerita.
Manusia,
Memang dah sikap yang namanya manusia, tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada. Sentiasa mencari yang lebih dan terbaik untuk dia ada dan punya.
Tak pernah cuba untuk amati ketentuan yang Allah cuba cerita, apa yang mereka tahu, inginkan semuanya dgn baik dan indah indah belaka.Sentiasa lupa untuk bersyukur dengan apa yang pernah dia ada, amati yang dia punya dan bandingkan dengan insan yang langsung tiada apa apa.Ya,Jangan nafi, memang itu sikap KITA segelintir manusia.
*hahha..asal sempat je tiba tiba puisi tu kat atas.
pening sikit ayat tu. hahaha
tapi cuba fahami.
awak, dah memang fitrah manusia tak pernah rasa puas.
sebab tu perlu ada konsep syukur dengan setiap sesuatu. Hargai apa yang kita ada. Appreciate even for the little things yang jadi. Jangan sampai satu saat nanti, bila kita tukarkan apa yang kita ada sekarang untuk sesuatu yang baru yang kita rasa macam baik dan indah untuk kita, walhal dikemudianya ianya hanya menyakitkan dan buat kita terluka.
Awak, tajuk ni general. bukan terhadap benda semata mata, sama juga dalam sesuatu perhubungan.
Perasan tak?
Saya rasa if ttg relationship awak semua lebih faham kalau dibahaskan topik ni, saya bukan someone yang hebat bagi pandagan or idea. mmg jauh sekali lah.lagi lagi pasal hati dan perasaan. saya bukan nak menolak entry entry macam ni, tp bagi saya bilamana ia melibatkan hati, hanya orang yg face hal tu sahaja yang tahu the true things. tapi ye, disebabkan dah agree utk buat tajuk ni,pada yang nak tahu pendapat saya, baca lah,yang tak nak,boleh pangkah tab ni terus kot.
okay,
kadang dalam hubungan, kita akan sentiasa diuji dengan sesuatu sama ada masalah atau kehadiran orang lain. Okay lah, saya rasaa ianya lebih berkait dengan kehadiran orang lain.
faham tak kenapa?sebab bilamana kamu lagi ada masalah dengan pasangan ,bila orang yang kamu sayang lukakan kamu, of course lah rasa marah sedih geram tu akan terbuku, dan bila ada orang ketiga yang hadir dan cuba tenangkan awak masa tu ,of course lah will be the best at that time kan?
dan kamu pulak akan tend to think yang "Why not dia mcm ni, lebih mcm ni,lebih mcm tu"
and bila dalam keadaan itu, posisi merasa yang tidak puas hati tu akan menyebabkan kamu mempertikaikan apa yang jadi dan kesedihan kamu tu akan buat kamu mengharapkan lebih dari dia. And magic nya,tadaaaa.... orang ketiga yang mendengar keluh kesah tu try to be the best untuk kamu dan kamu akan lihat kekurangan yang pasangan kamu ada tu sebgai kelebihan orang ketiga. Hello? sesenang macam tu je eh? hilang segala yang terbaik pernah pasangan awak buat, lebih baik dari yg setakat time awak ada masalah ni,,hilang macam tu je?
Dekat situ bahaya!
Awak, bila ada masalah, cuba bertenang. its okay. biasalah. manusia mana tak ada masalah kan.
tapi tak rugi ke kalau dalam keadaan macam tu awak terbuat keputusan yang salah, and pilih yang ketiga tu?
awak? Jangan gadaikan orang terbaik yang awak ada untuk yang baru.
Cuba ingat balik selama mana awak dengan dia, hanya itu yang jadi permasalahan. tapi kalau dari segi lain, dia sentiasa yang terbaik pernah awak ada. dan awak pasti dengan yang baru awak takkan rasa luka?
entah entah kemanisan itu hanya pada mula.awak nak perjudikan dan gadaikan semua nya hanya kerana hal tu yang sebenarya boleh bawa bincang? and yang sebenarnya tak akan jadi masalah pun kalau awak tak cerita pada yang ketiga?
Cuba flash back and pertimbangkan.
Cari semula keyakinan yang dia bagi dan yang awak rasa. itu yang penting.
Jangan sampai satu saat kita terfikir, kenapa kita buat semua tu dulu.
Tapi, tak mustahil juga yang hadir tu yang lebih baik,Haih,, hahaha,,sebab tu saya tak suka ulas soal hati, pada saya,semua back to ALLAH. Mula dengan redha Allah, jalan yang betul,cara yang betul inn shaa allah akan baik dan mudah jalanya.
kalau rasa pening sangat Allah dah bagi panduan, solat istikharah. Kalau tak tenang sangat, damping Al Quran.. kalau dah nak mengadu sangat, banyak banyak berteleku mengadu padanya.
Allah ada untuk bantu kita.
However,papepun,
awak, balik pada rukun iman yang ke 6. Beriman kepada Qada and Qadar. Percayakan Takhdir dan Ketentuan. Jodoh,Maut, semua telah ditetapkan. Apa pun jadi, Allah tak pernah bagi hamba nya saja saja jalani. mesti ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi.
Tapi cuba untuk berusaha ke arah yang lebih baik.. moga jalanya yang ditetapkan pun sama baik.
Ingat, andai dah ada yang terbaik Allah kurniakan dalam hidup, hargai, bukan sia siakan dan biarkan ia luka dan berlalu pergi.
Dan ingat, tak usah mencari yang lebih baik dari apa yang kita miliki, sebab apa yang kita miliki hari ni, saat ini telah pun Allah tetapkan buat diri sendiri.
Mungkin juga, kita merasa belum peroleh yang terbaik untuk diri sendiri kerana kita belum betul betul bersyukur dengan setiap anugerah yang Allah telah hadirkan .
So konsep kat sini, Please Appreciate yang kita Ada, Hargai, Bersyukur dengan tiap sesuatu dan Jalani dengan redhanya.
Apa pun Allah lagi tahu yang terbaik untuk kita.meski itu yang kita rasa paling terbaik kita perlu ada.