بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Assalammualaikum,
Alhamdulillah atas kesempatan yang masih Allah pinjamkan. Hari ni masih dapat makan, masih dapat tidur, masih dapat bergerak, masih dapat itu ini dan macam macam lah dapat. tapi apa yang penting masih dapat peluang untuk tebus kesalahan dan dosa pada Allah, dan juga masih dapat membalas cinta Allah pada hambanya.
Dear ruang hati,
Allahu saya bukan manusia sempurna, jauh sekali insan mulia.Kalau hendak berbicara tentang kesalahan, mungkin ia sentiasa berselang seli dalam kehidupan saya di dunia yang sementara ni dari baligh sampailah saya dewasa. Saya juga pernah lali dan rebah, Tapi sahabat semua, jika kita mula sedar akan salah diri dan beranggapan salah itu terlalu besar mahupun kita terlambat untuk kembali pada pencipta..KITA SALAH. ye. Kita sentiasa ada peluang, bukan sekali dua yang Allah bagi, tapi peluang yang tak pernah berhabis utk hambanya sehingga saat ditarik nyawanya kelak.
Sahabat?
cuba flasback semua ..semua nya dari kita mula kenal dengan apa itu dunia.
Bermacam salah dan dosa yang kita buat sama ada yang kecil mahupun besar. Tapi Allah tu tak pernah kejam dengan kita kan?
Allah tak pernah marah dengan hambanya lalu terus menarik balik segala nikmat yang Allah bagi pinjam pada kita, tak ada der lepas kita buat salah tu, Allah terus butakan mata kita, teurs pekakan telinga kita, terus bisukan mulut kita, terus hilangkan kaki kita.... Takkan? Ye. Memang tak. Sebab Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Pengampun.
Dalam banyak2 sifat Allah,Allah punya satu sifat yang dipanggil AL- RAHIM. tahu tak, kerana sifat Allah inilah, ia sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui orang lain. Allah jaga kita, Allah lindung kita even kita buat apa pun. Tpi janganlah ambil kesempatan pada hal itu,Tahu tak? Diantara banyak banyak pintu, pintu yang paling besar dan luas terbentang adalah pintu Taubat Allah kepada kita hambanya. Jangan balas cinta Allah dengan dusta . Hargai Cinta yang ada, tebus dan kembali apda cinta agung yang setia.
Okay la, saya mahupun awak, bertudung labuh mahupun bertudung bidang biasa, bersongkok ataupun rambut tercacak cacak,,
setiap dari kita tidak dapat lari dari melakukan dosa . Pada awal lagi kita tahu Syaitan sudah berjanji tidak akan pernah berhenti menyesatkan anak cucu adam. tetapi, nabi muhammad pernah bersabda
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan (dosa) dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang sentiasa bertaubat”.
( Hadis Riwayat Ibn Majah )
Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan Dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm ayat 32 )
Sahabat, takkan nak tunggu tua, takkan nak tunggu sakit, takkan nak tunggu terseksa merana dan menderita. tak pun takkan nak tunggu dosa cenggitu je sampai boleh jadi koleksi dari semasa ke semasa. Ingat bro! Ingat sis!
Maut tak datang bagi salam, Maut tak datang mintak izin, Maut tak datang buat appoinment, Maut tak datang bagi alarm. Mmeang sekarang tak rasa apa, sebab hangpa semua tak pernah bayang kat akhirat kelak cemana, cuba bayang seminit dua, bayang, :)
Awak awak semua,
Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang melakukan maksiat berpuluh-puluh tahun tetapi apabila dia bertaubat dan kembali menyesali perbuatannya itu taubatnya di terima dan dia bersih daripada segala dosa.
ok.la. moga coretan kali ni memberi input pada yang membaca. Moga sama sama bersatu di syurga.