Assalammualaikum sahabat yang dirindui
mari kita duduk sejenak untuk menulis mahupun kamu untuk membaca
betulkan niat di hati kerana Allah yang Esa
semoga setiap amal yang elok ini dalam perhintungannya
semoga dibukakan pintu hati
betulkan niat di hati kerana Allah yang Esa
semoga setiap amal yang elok ini dalam perhintungannya
semoga dibukakan pintu hati
Gadis Tarbiyah
bibir berbicara tentang tarbiyah
bibir berbicara tentang tarbiyah
segalanya tampak mudah
bahu digalas dengan tarbiyah
bukanlah satu tugas yang endah
tapi hati, Janganlah engkau mengalah..
tanggungjawab ini datangnya dari Dia
sesungguhnya dia mengetahui yang terbaik buat hambanya
dia tahu diri ini mampu menggalasnya
aku hanya perlu percaya
SAHABAT?
akan tetapi aku masih tetap merasa tidak layak memegang jawatan ini..
bukan mudah seperti kita jangka
tidaklah banyak ilmu didada
tarbiyah
bukanlah seindah lontaran kata-kata
kerana tarbiyah itu timbul dari jiwa..
kerana tarbiyah itu timbul dari jiwa..
mempratikkan nya,,mengamalkanya,,dan barulah kita berjaya.
Kerana ia tak mudah disangka
sering juga ku bersedih,bertangis dan bersendu kerana masih rasa kurang didada
memandang bertapa lemahnya diri
menghitung pada ibadah yang tak seberapa
melihat pada iman yang tak mampu dijangka
hatta lebih nipis dari lapisan kulit bawang ku rasa
ada waktu juga diri sedih dan menangis
mengenangkan nasib pada diri
memandang bertapa lemahnya diri
menghitung pada ibadah yang tak seberapa
melihat pada iman yang tak mampu dijangka
hatta lebih nipis dari lapisan kulit bawang ku rasa
ada waktu juga diri sedih dan menangis
mengenangkan nasib pada diri
diuji dengan ujian yang perit teramat perit dalam liku hidup ini
berlatar sesuatu yang terlalu pahit untuk diingati
terlalu banyak titik hitam yang jika dikertas putih pasti tiada putihnya lagi
melihatkan cara hidup sebegini
memikirkan layanan teman sehari-hari
memikirkan layanan teman sehari-hari
mood teman teman yang berwarna warni,,bervariasi
ianya hadir bersama kepercayaan dan tanggapan yang lain
mampukah diri ini?
pesan Ilahi pada hambaNya itu terlalu banyak
tetapi dirilah yang perlu menghuraikan setiap tarbiyah itu
nikmatnya tarbiyah kerana ia mampu
mengubah musibah menjadi muhibbah
mengubah perit jadi manis
mengubah sedih jadi gembira
mengubah yang lemah jadi kuat
mengubah yang jatuh untuk bangkit
datangnya pena Ilahi membawa tarbiyah buat diri
mengajarkan diri supaya tidak bersedih
"jangan kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.."
*la tahzan,Innallaha ma'ana*
(at-Taubah:40)
dipesan juga supaya tidak berputus asa
"janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sungguh yang berputus asa dari rahmat Allah itu hanya orang-orang kafir"
(Yusuf:87)
kerana tiada apa yang mustahil,segalanya diri mampu lakukan
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(al-Baqarah:286)
Bilamana hati aku mula bersatu dengan akal
Semangat mula disuntik
asbab yang kukuh mula kutemu
moga ini jalan aku istiqomah selalu
tanggunjawab ini ikhlas ku pikul di bahu
tarbiyah ini ibarat didikan pada akusupaya diri ini mengabaikan perkara remeh
supaya sedar bahawa
hidup ini ada perkara yang lebih penting, yang lebih besar
dan punya matlamat yang perlu dilaksana dan dicapai
ingatlah tentang tugasmu wahai diri
kamu adalah hambaNya dan khalifah terpilih
(al-Baqarah:30)/(az-Zariyat:56)
ketahuilah diri bahawa kamu orang yang beruntung dan terpilih
"dan Aku telah memilih engkau, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan(kepadamu)"
(Taha:13)
"kamu (umat islam adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia...."
(al-Imram:110)
teruskan hidup wahai diri dengan menjalankan kemuslimanmu
usah gundah,usah gusar,usah takut
-Allah sentiasa bersama kamu-
Berat.. sungguh berat.
mampukah aku menggalas tanggungjawab itu?
Allahu,
Diri ini masih lagi bertatih di dunia dakwah,, di medan dakwah dalam perjalanan dakwah.
Tatkala diberi tanggunjawab seberat ini,, berjuta persoalan bermain diminda,,
tapi akhirnya aku capai sesuatu yang buat aku terima dengan ikhlas.
Mungkin,,,, ini cara Allah sampaikan padaku agar aku tidak lagi terjatuh di jalan yang salah,
Bilamana aku memegang jawatan ini,, mungkin Aku akan sentiasa dekat denganya.
Bilamana aku menerima ini,, aku punya tempat di mana cinta padanya sentiasa kelihatan.
Benar,, jika hendak dipertikaikan tentang hebatkan aku untuk berdakwah?mampu kah aku menjadi daie? aku takkan pernah cukup dengan jawapan yang menyedapkan hati itu. Tapi bilama ada hadis mengatakan
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)
aku yakin aku mampu kerana Nya