assalamualaikum w.b.t
ukhuwah fi'llah
Setelah sekian lama jari ini berehat dari mengungkapkan kata kata..setelah sekian lama jari ini kelu tidak berbicara..Hari ini..Hati terdetik untuk berbicara.
sahabat,,
Mungkin ada hikmahnya saya berdiam dari berbicara di ruang ini.penulisan dan juga isi kini mungkin kian berbeza.Alhamdullilah,Saya telah dibukakan pintu hati untuk berhijrah,,
Moga moga ianya menjadi satu hijrah yg menuntun saya ke jalan ALLAH S.W.T,jalan yang lurus ke syurga yang abadi dan dijanjikan olehnya.
Tidak mudah untuk saya melakukan penghijrahan ini,,bermacam dugaan yang saya tempuhi.Bukan sedikit ujian saat berhijrah, rasa ditingglkan kawan,dipulaukan, dikecam, dipertikaikan, dihakimi, rebah, lelah, saat tu hanya berdiri untuk diri sendiri.Tapi saya yakin akan hijrah yg telah saya laksanakan ini.akan mendapat redha
dan barakah darinya.
Wahai sahabat
Alhamdulillah,,kini hijrah telah dilaksana,meskipun saya masih memperbaiki tiap sesuatunya sama ada dari aspek aurat,ibadat,dan amalan ku,,moga moga ianya
sentiasa mendapat rahmat dari sang pencipta.
Syukur ke hadrat Rabb,,pintu hati saya diketuk untuk berubah.Memang saya berjilbab,tapi jilbabku tidaklah sempurna seperti yang ditetapkan,,Memanglah aku menutup aurat,,
tapi tidaklah sempurna kerana kelihatan bentuk badan dan tidak menepati syariatnya.Memanglah aku ada manisya dan lembut dalam berkata..tapi aku juga cuai dalam menjaga bahasa.Benarlah aku menjaga batasku
tapi tidaklah seperti yang tertulis dalam hukumnya.benar saya mendirikan tiang,,tapi kadang kala goyah tiang tiangnya.Kini,dengan penghijrahan ini..saya akan mengukuhkan tiang
rumahku,,menjaga batas pergaulan ku,,melembutkan dan mengawal bicara dan bahasa ku,,menutup aurat sempurna dengan apa yang diberitahu,merendahkan pandangan pada yang satu
dan melabuhkan cinta utama pada mu Ya Tuhanku.
Berbicara tentang hijrah..wahai sahabat..wahai teman..hijrah itu sesuatu yang tidak patut dilengahkan.Mungkin,,ada bibir yang berkata agar menunggu hidayahnya tiba.
Tapi sampai bilakah hidayah itu akan kamu rasa?TEMAN..kita sendiri harus berusaha untuk berubah,bukanya dengan menunggu hidayah itu tiba tanapa tidak melakukan apa apa.
itu yang aku belajar. Jika kita menanti yang terbaik utk terjadi, maka yang terbaik tidak akan pernah terjadi melainkan kita cuba untuk menjadi yang terbaik pernah kita ada.
itu yang aku belajar. Jika kita menanti yang terbaik utk terjadi, maka yang terbaik tidak akan pernah terjadi melainkan kita cuba untuk menjadi yang terbaik pernah kita ada.
Usaha perlahan lahan..perbaiki satu satu..Jika kam sudah yakin untuk berhijrah,jangan ditunggu tarikh sebagai permulaan.Seburuk manapun tarikh itu,akan tampak indah dan bermakna
jika ia membawa erti yang Subhanallah besar dalam hidup dan hayat kita.Jangan dilengahkan hijrahnya,yang perlu tekadkan hati,yakinkan diri semua ini kerana ALLAH S.W.T.
jangan mempersoalkan untuk menuggu Hidayah itu tiba..
Kita tidak akan pernah tahu bilakah Nur itu akan meresap ke dalam jiwa,,dan menyedarkan kita akan kelemahan dan kekurangan diri,,bertapa jauhnya kita terpesong dari
pegangan illahi.. ia adalah satu MISTERI.
Sama halnya dengan ajal yang entah kapan akan menjemput kita.Mungkinkah sekejap lagi?hari ini?esok?lusa?dan bila bila.Andai ajal menjemput terlebih dahulu sebelum NUR yang
ditunggu itu tiba,bagaimana dengan hidup kita yang masih belum berhijrah?Apakah timbangan kanan kita sudah cukup berat berbanding timbangan kiri?Apa sahaja amal dan taqwa
yang kita bekalkan nanti.
Sebelum waktu untuk kita terhenti berdegup..sebelum ALLAH utuskan malaikat jibril untuk menjemput, Renungkan apa kita sudah bersedia menghadapi nya? atau masih tidak terkesan akan segala cerita akhirat pada kita?.Lengkapkan yang kurang,Perbaiki apa yang lemah..
Tiada insan yang sempurna. Sama sama perbaiki apa menuju jalanya
Hijrah ini satu detik permulaan..titik dan nafas baru dalam kehidupan...bukanya titik noktah bagi suatu pengakhiran.