Assalammualaikum ya hubaybah.. ya sahabah.
Moga coretan ini mampu sama sama meniup rasa cinta dan kasih akan illahi.
Sama sama kita memperbaharui niat. Moga dirahmati dan diredhai Allah Maha Besar. Yang Lebih mengetahui tiap satu kisah hidup kita.
Bila hati mula dikocak dengan ujian illahi,, hati yang telah lama tabah kini hampir rapuh untuk berdiri. Senyuman makin cuba secubanya untuk diukiri. Tapi mata tak pernah bisa menipu keadaan hati.
Bagi aku, aku tidak pernah menyalahkan mana mana insan yang bersahabat denganku jika mereka tidak pernah memahami ku, tidak pernah mengerti akan aku, kerana jujur, aku bukanlah insan yang berkongsi akan kisah hidupku. Biarlah yang dilihat hanya senyuman dan ketawa . Seberat mana ujian Allah pada aku, tidak lah akan ku kongsi pada mereka melainkan aku telah sehabis habis nya mengadu pada yang Maha Memahami Tiap tiap Hati umatnya. Barulah aku pertimbangkan untuk meluahkan hanya sekadar untuk mencari solusi nya dimana..
Sahabat, angin subuh ini membuat aku tergerak untuk berkongsi akan satu kata kata. Aku pernah dinasihatkan oleh seorang wanita yang jauh lebih berusia dari ibuku. Ku gelarnya dengan panggilan "ummi."
Ummi pernah menasihatkan aku dengan satu kata kata " Tidak salah jika ingin berdoa ,
Ya Allah sesungguhnya aku tahu , ujian dan dugaan mu ini,, adalah sesuatu yang kau turunkan padaku yang aku mampu lalui,, kau berikan ujian pada hamba mu kerana kau tahu akan kemampuan dan kudrat hambamu ini.
Tapi ummi menasihatkan agar lebih baik jika aku seringkan berdoa seperti
" Ya Allahu Ya Rabb ku., Sesungguhnya janganlah kau bebankan aku dengan sesuatu yang tak termampu oleh ku,Janganlah kau bebankan aku dengan dugaan yang tek pernah aku bayangkan keadaan ku,"
Ummi juga mengajar aku untuk sering mengamalkan bacaan ketika duduk diantara dua sujud,
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)
p/s : Sahabat ku...Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima.
Sahabat,
Tabahlah tatkala diuji olehnya. Dan jika kau tidak pernah merasa sakitnya satu ujian itu pada hambanya,, kau mungkin tidak akan pernah memahami bertapa sakitnya diuji dengan sesuatu yang kau tak pernah ketahui.
Ada satu kisah yang aku mampu kongsikan berkenaan wanita solehah yang aku baca dari buku Bidadari Bumi. Ia mengenai seorang insan yang bernama Hubabah Tiflah. Wanita Tamrin .Beliau seorang wanita tua, ahli ibadah yang lisanya tidak pernah berhenti berzikir. Orang orang biasa memanggilnya dengan nama Hubabah Tiflah, perkataan arab yang beerti BAYI... mungkin kerana sampai ke usia tua seperti itu,, beliau masih tetap seperti bayi.tidak pernah menyakiti sesiapapun.
Menurut pemahaman yang aku baca, rumah Hubabah Tiflah ini sangat sederhana,, bahkan boleh aku kata ia dibayangkan ibarat miskin papa. Tiada permaidani atau kerusi, tiada barangan seperti rumah rumah kita yang biasaa, yang ada hanyalah karpet nipis yang mulai lapuk menutupi tanah yang tidak bersimen di bawah.
Hubabah tiflah juga seorang yang buta. wanita tua bersawo matang. Melalui pengamatan aku tentang bacaan ini,,penulis menggambarkan ketidak cantikan raut wajahnya sebagai seorang wanita....cuma,, di wajahnya,, terlakar atau pun terlihat seolah tidak pernah ada beban dalam hidupnya.Dalam kisah ini,,hubabah tiflah ditemui seorang wanita yang dia tidak kenali,tidak tahu raut wajahnya, kan tetapi kerana ianya buta,, beliau hanya mampu meraba untuk mmbayangkan seakan apa wajah gadis itu.
Pada kali pertama gadis itu menemui Hubabah tiflah, Hubabah tiflah terus meraba wajahnya,, dan lalu dia terus mendoakan seakan saat itu tiada yang lebih penting padanya melainkan gadis yang baru disentuhnya itu. Beliau berdoa dengan airmata yang berjuraian,,dan hanya mengulangi satu baris kata kata itu saja..
"SEMOGA ALLAH TIDAK PERNAH AKAN SANGGUP MEMBUATMU SENGSARA, ANAKKU, "
"YA ALLAH, SAMPAI BILA BILA PUN, DAN DIMANA PUN, JANGAN PERNAH SANGGUP UNTUK MENYENGSARAKAN HIDUPNYA"
Sungguh gadis itu turut sama bercucuran air matanya, Bersyukur akan kesempatan menemui wanita ini.
Sesunggunya,,tatkala aku membaca kisah itu,,aku seakan akan terpana dan sebak akan adanya insan seperti ini. yang berdoa ribuan kali lebih baik dari apa yang aku doakan sepanjang hidup ini. yang berdoa penuh dengan air mata kesungguhan yang aku sendiri tidak mampu perolehi meski dari insan insan yang menyayangi diri ini.
Sahabat..moga kisah wanita tamrin ini sama sama memberi kesan pada hati hati, dan sungguh buku Bidadari Bumi..terima kasih atas pelajaran beharga ini.
terima kasih ummi atas nasihat umi.
terima kasih Ya Rabbi,,jika ujian mu ini tanda cinta dan kasih pada diri ini.