Assalamulaikum.. ukhuwah fi’llah
La Tahzan (jgn bersedih) ,
La Taghdab (jgn marah) ,
La Tahinu (jgn lemah)
Qawi lillahitaala (Kuatlah kerana Allah S.W.T)
Wahai sahabat..wahai teman,,, Hidup dan mati itu satu
ketentuan, Kita tahu akan suratanya.. Kita tahu akan janjinya.. Dari Tanah kita
datang…. Kepada tanah kita kembali..
Senang untuk berbicara,,senang untuk kita menutur
kata..tetapi,,jika kita yang melaluinya,, sungguh perit rasanya.Kehilangan
orang yang kita sayang,,,yang membesarkan kita penuh kesabaran,, yang
menyayangi kita tanpa batasan,adalah satu kehilangan yang sungguh berat untuk
kita rasakan,
Tapi sahabat,, Tiada apa yang kita mampu lakukan untuk
melawan takhdir dan ketentuan..kita hanya insan yang tak berdaya,,yang diberi
ujian sebesar ini untuk terus hidup. Kehilangan ini akan merentap separuh dari
jiwa kita,,siapa yang mampu untuk hidup tanpa ibu dan bapa?satu satunya insan
yang tak pernah berhenti menyayangi,,satu satunya insan yang x pernah pergi
saat kita susah,saat kita lemah,,saat kita tak berdaya.. Siapa yang mampu hidup
tanpa ibu yang lahirkan kita ke muka bumi,,yang selama ini setia memberi
nasihat dan dorongan disisi..tempat kita bermanja.. Siapa yang mampu hidup tanpa
Abah yang selalu cuba penuhi kehendak kita,,yang selalu ikut cakap kita,,yang
selalu melindungi diri kita..Sesungguhnya mereka adalah anugerah allah yang
terindah pernah hadir dalam hidup kita.
Walaubagaimanapun,, Ajal dan Maut tak mengenal itu
semua,,jika sudah tiba suratan illahi untuk menjemputnya..kita harus siap
menghadapi..Tetapi,,terkadang aku sendiri terfikir,,adakah aku mampu mghadapi
situasi ini Ya Allah. Terkadang juga aku berfikir agar biarlah Allah mjemput
aku dahulu sblum mereka kerana aku tidak sggup melihat pemergian mereka,,tapi
aku tidak ingin mereka menangisi pemergianku,, Tapi aku juga tak sanggup
melihat pemergian mereka dan aku tak mmpu hidup tanpa mereka.Ya ALLAH,,sungguh
misteri takhdirmu,, sesungguhnya semua adalah ketentuanmu.Sebagai
Islam,,mengingati mati itu harus.Supaya kita sedar bahawa dunia hanyalah
sementara.Jadi,,kita harus tabah dan terima qada’ dan qadar Allah..Itu semua
sudah tersurat di Luh Mahfuz sejak azali lagi.
Wahai sahabat,disini saya ingin berkongsi berita tentang
kehilangan Ayah kawan saya.Pemergianya tanpa diduga.Pemergianya turut meruntun
jiwa saya. Saya tahu akan kesedihan yang ditanggung oleh sahabatku ini,Wahai
sahabat,,La tahzan,,janglah kau bersedih atas pemergianya,,doakanlah yang
terbaik untuknya,,saat ini doamu,,doa anak yang soleh sangat membantunya
disana,, Wahai sahabat..La tahgdab..jangan mara..Janganlah kau bersedih
sehingga timbul rasa marah yang kau sendiri tidak sedar di luk hati,,yang kau
rasa tak berpuas hati dgn pemergianya.. Wahai sahabat…La tahinu,, jgnlah kau
lemah dgn ketentuan ini,,Allah turunkan ujian ini kerana ia yakin kau mmpu menjalani
nya,..Sahabat,,tiada apa yang mmpu aku lakukan selain memberi semngat dan
nasihat,,tiada apa yang terdaya aku lakukan selain berdoa ..Wahai sahabat,,
Qawiyy lillahitaala.. teruslah kau kuat kerana ALLAH taala…Sesungguhnya hanya dia
tempat kau mengadu dan memohon pertolongan.