Assalammualaikum w.b.k.t
In shaa allah kali ini entry mungkin mengenai ujian sebagai hamba.
dan Assif kerana baru berkesempatan kemaskini ruang bicara ini.
Bismillahirahmanirahim..
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
( Al-Baqarah: 286)
"Meski pada awal sakit rasanya Dicampak Dihenyak Ditetak dengan dugaan yang Maha Dasyat,, menguji iman dan takwa.
tapi Allah tidak lah memberi kan kerana suka semata mata.
Sesungguhnya Allah itu tahu tiap satu yang terbaik buat hambanya. tiap satu yang indah buat hambahnya,, tiap satu yang elok buat hambanya.
Sahabat,,, sesakit mana pun,, seberat apa pun dugaan dan musibat yang melanda,, Ketahuilah yang airmata itu takkan menitis selamanya,
Ujian Allah itu ada hadiah di akhirnya.
Benar sahabat, kita punya rencana yang tersusun indah untuk hidup kita,, tapi jangan kita leka dan lupa ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI,,, sesungguhnya Allah lagi tahu akan sesuatu yang jauh lebih indah dalam perancangan hambanya.
Perancangan Allah itu mungkin sukar kita mengerti pada awalnya.. Tapi in shaa allah.. lama kelamaan kita akan mengerti dan memahami akan asbab dan puncanya.
Percaya pada kuasanya sahabat,
Bahagia itu janjinya bagi insan insan yang beriman di jalanya.
Sabar, tawakal, redha dan usaha.
Hanya percaya pada cinta sucinya.
Tiada yang lebih hebat melainkan Dia,
Ujian itu tanda cinta Nya pada hamba.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)
Masakan kita hidup ini tanpa diuji, Kalau bergitu kenapakah wujudnya syurga dan neraka?sahabat? Ujian itu Hadia, Ujian itu tanda Allah itu sayang,, dan Ujian itu tanda Allah rindu mungkin kita acap mengeluh
"Kenapa aku diuji?"
"Kenapa bukan dia?"
"Kenapa aku?"
disini saya tinggalkan dengan satu persoalan, tanya pada diri sendiri.
disini saya tinggalkan dengan satu persoalan, tanya pada diri sendiri.
Sahabat, Allah beri ujian kerana Allah yakin pada kamu,takkan kamu tak yakin pada diri sendiri? :)