-->

Naura Natasha

header

 photo 71c61746-d76a-4385-80d9-e26f046b87e2_zps4f4d59f6.png

Dengan ini lain,dengan yang itu lain.




Assalammualaikum Awak,
Hari ni habis kerja awal,so apa lagi..ke blog ke kite.haaa...
Tentang berbagai watak..hmm...apa maksd sebenarya?
Mungkin seerti dengan pelbagai sifat..
Atau mungkin ada makna lain?

Okay,haha..mukaddimah tak ada tp main terus terjah..sorry ye awak awak.so how hari ni?okay? *jawab je sendiri2 ye. Heheh..hee.. hari ni entry tentang "karekter yang berbeza dengan orang yang berlainan, adakah itu dikatakan tidak menjadi diri sendiri?"
Betul ke macam tu?
Ada seorang kawan ni, dia cakap tentang "Eh kau ni dengan orang lain,lain perangai..dengan dia ni..baru nampak diri kau..just be yourself lah tak kira dengan siapa pun"

Tahu tak issue dia apa kat sini?
Issue dia bukanya pelbagai karekter ke, berlakon lakon ke, macam macam perangai ke..ape ke..
The point is, dengan siapa kita deal tu semua.
Saya terang lah dekat gadis yang ckp mcm tu, "okay..sini saya bantu kasi clear head and shoulder.hahaha.. *aip seyes. 
Aku dengan dia ni lain sbb bukan aku tak cuba jadi diri sendiri,tapi semuanya tindak balas dengan perangai and attitude dia. Mcm mana kalau aku jadi diri aku lepas tu tak kena plak dengan dia.dah satu hal.tak pasal pasal dia kata aku macam macam. Boleh bro nak jd diri..tp kalau boleh aku nak orang yg aku tahu dia boleh handle aku..face aku and yg paling penting tak banyak bunyi dengan perangai aku. So baru lah nampak the true color of me.kan?kan?and x lah sakit jiwa kalau orang x respond bila kita meragam.
Kalau dengan kau ,haa..ni baru aku. Aku tahu perangai kau. Aku tahu kau boleh hadam..handle..face..so aku rasa okay la jd aku.ada paham?"

Semua nye lebih kepada dgn siapa kita deal. Dia bukan issue hipokrit, berlakon ke apa..dia issue dengan SIAPA KITA SELESA.
Nak capai tahap keselesaan ngn seseorang tu tak senang okay.tu yang ada smp bertahun tahun kenal bru ngam,selesa apa semua.
And tak apalah tak jd diri sendiri dengan semua orang pun.
Limited edision sikit. Certain people yg lucky je dapat kenal the real one. Dpt tengok yg lain tak tengok. Bg lah specialty sikit.hahaah.

So,bagi saya..kalau saya..honestly..mmg kawan lama mana pun kalau saya rasa perangai saya someone tu tak boleh handle, so mungkin dia takkan pernah kenal siapa saya yang sebenarya. Mungkin lah ada sikit yang dia nampak..tapi hanya sikit. Saya boleh kira lah setakat ni siapa je yg betul2 saya selesa. So lucky to those yang saya selesa dan mungkin malang jugak lah nak hadap saya.haha.

"My attitude depends on how you treat me and your attitude too"

Opss..maghrib dah. Got to go. Inn shaa allah see you when i see you. And haa! Its okay lah kalau orang nak cakap apa..sebab hanya kita dan diri kita saja yang tahu dengan siapa kita deal dan apa yang kita nak jadi dan tak nak jadi...bye.
hak cipta by Unknown di 1/18/2016 07:11:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Don’t jeopardize the best things you have for new things



Assalammualaikum.


Tajuk entry tu, hmm actually tajuk tu cadangan from one of my readers. Alhamdulillah, lama tak menulis pun still ada orang yang keep in touch. btw firstly thanks untuk respond.
Tajuk yang dia bagi ni quite interesting and inn shaa allah attract people nak baca.
 Mungkin jugak kerana saya pun tertarik pada mesej yang tersirat di sebalik ungkapan di atas. Atau…. Mungkin ianya berkait dengan hati. Mungkin hati kamu yang membaca, dan mungkin juga hati saya yang bercerita.

Manusia,
Memang dah sikap yang namanya manusia, tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada. Sentiasa mencari yang lebih dan terbaik untuk dia ada dan punya.
Tak pernah cuba untuk amati ketentuan yang Allah cuba cerita, apa yang mereka tahu, inginkan semuanya dgn baik dan indah indah belaka.Sentiasa lupa untuk bersyukur dengan apa yang pernah dia ada, amati yang dia punya dan bandingkan dengan insan yang langsung tiada apa apa.Ya,Jangan nafi, memang itu sikap KITA segelintir manusia.

*hahha..asal sempat je tiba tiba puisi tu kat atas.

Okay,Awak awak , terkadang, kita dah ada yang terbaik yang seharusnya kita punya. Tapi kita tak pernah rasa cukup dan sibuk merasakan nak yang terbaik untuk kita ada. Terkadang apa yang kita rasa baik untuk kita, belum tentu baik untuk kita. Sedangkan yang kita rasa tak terbaik untuk kita itulah yang paling baik untuk kita ada.

pening sikit ayat tu. hahaha
tapi cuba fahami.

awak, dah memang fitrah manusia tak pernah rasa puas.
sebab tu perlu ada konsep syukur dengan setiap sesuatu. Hargai apa yang kita ada. Appreciate even for the little things yang jadi.  Jangan sampai satu saat nanti, bila kita tukarkan apa yang kita ada sekarang untuk sesuatu yang baru yang kita rasa macam baik dan indah untuk kita, walhal dikemudianya ianya hanya menyakitkan dan buat kita terluka. 
Awak, tajuk ni general. bukan terhadap benda semata mata, sama juga dalam sesuatu perhubungan.
Perasan tak?

Saya rasa if ttg relationship awak semua lebih faham kalau dibahaskan topik ni, saya bukan someone yang hebat bagi pandagan or idea. mmg jauh sekali lah.lagi lagi pasal hati dan perasaan. saya bukan nak menolak entry entry macam ni, tp bagi saya bilamana ia melibatkan hati, hanya orang yg face hal tu sahaja yang tahu the true things. tapi ye, disebabkan dah agree utk buat tajuk ni,pada yang nak tahu pendapat saya, baca lah,yang tak nak,boleh pangkah tab ni terus kot.
okay, 
kadang dalam hubungan, kita akan sentiasa diuji dengan sesuatu sama ada masalah atau kehadiran orang lain. Okay lah, saya rasaa ianya lebih berkait dengan kehadiran orang lain.
faham tak kenapa?sebab bilamana kamu lagi ada masalah dengan pasangan ,bila orang yang kamu sayang lukakan kamu, of course lah rasa marah sedih geram tu akan terbuku, dan bila ada orang ketiga yang hadir dan cuba tenangkan awak masa tu ,of course lah will be the best at that time kan?
dan kamu pulak akan tend to think yang "Why not dia mcm ni, lebih mcm ni,lebih mcm tu"
and bila dalam keadaan itu, posisi merasa yang tidak puas hati tu akan menyebabkan kamu mempertikaikan apa yang jadi dan kesedihan kamu tu akan buat kamu mengharapkan lebih dari dia. And magic nya,tadaaaa.... orang ketiga yang mendengar keluh kesah tu try to be the best untuk kamu dan kamu akan lihat kekurangan yang pasangan kamu ada tu sebgai kelebihan orang ketiga. Hello? sesenang macam tu je eh? hilang segala yang terbaik pernah pasangan awak buat, lebih baik dari yg setakat time awak ada masalah ni,,hilang macam tu je?
Dekat situ bahaya!
Awak, bila ada masalah, cuba bertenang. its okay. biasalah. manusia mana tak ada masalah kan.
tapi tak rugi ke kalau dalam keadaan macam tu awak terbuat keputusan yang salah, and pilih yang ketiga tu?
awak? Jangan gadaikan orang terbaik yang awak ada untuk yang baru.
Cuba ingat balik selama mana awak dengan dia, hanya itu yang jadi permasalahan. tapi kalau dari segi lain, dia sentiasa yang terbaik pernah awak ada. dan awak pasti dengan yang baru awak takkan rasa luka?
entah entah kemanisan itu hanya pada mula.awak nak perjudikan dan gadaikan semua nya hanya kerana hal tu yang sebenarya boleh bawa bincang? and yang sebenarnya tak akan jadi masalah pun kalau awak tak cerita pada yang ketiga?
Cuba flash back and pertimbangkan.
Cari semula keyakinan yang dia bagi dan yang awak rasa. itu yang penting.
Jangan sampai satu saat kita terfikir, kenapa kita buat semua tu dulu.

Tapi, tak mustahil juga yang hadir tu yang lebih baik,Haih,, hahaha,,sebab tu saya tak suka ulas soal hati, pada saya,semua back to ALLAH. Mula dengan redha Allah, jalan yang betul,cara yang betul inn shaa allah akan baik dan mudah jalanya.
kalau rasa pening sangat Allah dah bagi panduan, solat istikharah. Kalau tak tenang sangat, damping Al Quran.. kalau dah nak mengadu sangat, banyak banyak berteleku mengadu padanya.
Allah ada untuk bantu kita.

However,papepun, 
awak, balik pada rukun iman yang ke 6. Beriman kepada Qada and Qadar. Percayakan Takhdir dan Ketentuan. Jodoh,Maut, semua telah ditetapkan. Apa pun jadi, Allah tak pernah bagi hamba nya  saja saja jalani. mesti ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi. 
Tapi cuba untuk berusaha ke arah yang lebih baik.. moga jalanya yang ditetapkan pun sama baik.
Ingat, andai dah ada yang terbaik Allah kurniakan dalam hidup, hargai, bukan sia siakan dan biarkan ia luka dan berlalu pergi.
Dan ingat, tak usah mencari yang lebih baik dari apa yang kita miliki, sebab apa yang kita miliki hari ni, saat ini telah pun Allah tetapkan buat diri sendiri.
Mungkin juga, kita merasa belum peroleh yang terbaik untuk diri sendiri kerana kita belum betul betul bersyukur dengan setiap anugerah yang Allah telah hadirkan .
So konsep kat sini, Please Appreciate yang kita Ada, Hargai, Bersyukur dengan tiap sesuatu dan Jalani dengan redhanya.
Apa pun Allah lagi tahu yang terbaik untuk kita.meski itu yang kita rasa paling terbaik kita perlu ada.
hak cipta by Unknown di 1/16/2016 06:24:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kawan : Bercakap Belakang Kawan and yet masih berkawan?


Assalammualaikum awak awak.


Happyy weekends. Moga moga hujung minggu anda semua produktif lah hendaknya. Kalau dapat buat sesuatu yang menyeronokkan kan best. Hahahaha.. al maklumlah, I’m having an unproductive day hari ni..duduk terperap dan terlindung dari sinaran UV ,tambahan pulak sesorang dan hanya bertemankan gadget gadget and wifi  yang ada ni je lah. Haih lah labu..nasib lah. Moga tak tepu lah ye.

Heee okay .so bagi menghilangkan rasa bosan, actually entry ni special sikit, tu yang saya dahulukan update yang ini, tapi entry entry lain yang awak awak minta saya ulaskan or bagi pandangan, saya akan buat as soon as I can. Btw thanks sbb bagi feedback ye.Okay. Jangan risau ye awak. I’ve Got lot of time hari ni. 

Okay lah,saya nak tanya,
Boleh saya tahu apa ertinya hubungan kawan? Atau pun persahabatan?
Apa yang kamu semua faham? It’s okay, jawab dalam hati masing masing.


adik adik yang saya sayang
yang paling tahan dengan saya
 

Awak ,
Kawan? Sahabat? Teman?
Semuanya boleh dikatakan hampir sama erti nya. Satu perhubungan yang baik dan positif yang mostly semua orang ada. Mereka insan yang tahu siapa kita, walau tak banyak pun. Mereka insan yang kita rasa selesa nak berkongsi rasa dan kadang-kadang ada rahsia yang kita rasa kita boleh harapkan mereka untuk menjaga dan membantu kita menjadi pendengar yang setia. Kawan jugak sebahagian dari insan insan yang kadang kadang buat kita bahagia bila kita duka and share masalah dengan kita.yang satu kepala,yang boleh masuk, yang macam macam lah.sampaikan kadang kadang kita ni rasa kawan kita ni best sangat sampai brotherhood sissterhood bagai lah.

Tapi,
Apa yang saya boleh cakap, trust me, cara lelaki dan perempuan berkawan memang berbeza.
Tak caya? Cuba p riki riki sana :D

Tapi itu bukan point saya rini, point saya pasal kawan yan doq pot pet mengata or lebih tepat memburukkan or kadang-kadang membocorkan rahsia kawan dekat orang lain belakang dia, and yet masih berkawan macam biasa, buat dunno je.
uish!! Sakit hati? Marah? Geram? Rasa nak smack down? tu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan kawan  sendiri, yang kadang kadang kita anggap dah macam adik beradik dah.
Okay lah,kalau kita ni tak rapat sangat, mungkin lah tak rasa teruk sangat .Tapi bila sekali kena  dengan kawan yg rapat dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside.Sakit bro. Memang sakit. Sakit tanpa luka bosh! hhahaha.
Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.
Pernah tak face masalah macam tu? Mungkin ada yang pernah melaluinya dan juga mungkin ada yang melakukanya.

boleh ke dikatakan Kawan Hipokrit???

Boleh dikategorikan kawan makan kawan kan? Kira talam dua muka, depan lain belakang lain, hipokrit tahap tak ingat dunia punya.tak ingat kenangan kenangan sesame. Tanpa segan silu, tanpa ingat status kawan tu, mengutuk, mengata ,menghentam dan allahu paling terok membocorkan rahsia yang sepatutnya menjadi amanah dia. Memang, memang penat nak face orang macam ni, tipu lah kalau saya tak pernah lalui benda ni, tapi kalau saya, saya saying nak putuskan hubungan tu, ye la, buat apa nak bergaduh sebab ni kan, tp disebabkan dah kene setepek sepenyek kat muka, no more lah macam macam sebelum ni, no more rahsia yang akan kita kongsi,no more rasa hati pun yang akan saya luah. no more!no more! no more! Apa saya buat dengar jelah, lepas tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebab rasa tak berbaloi untuk bermasam muka sebab perangai hantu kawan mcm ni. Tapi kalau pekara tu too much mcm kadang-kadang dalam drama tu,ahahaha..memang kena hentam lah jugak. Tapi with me jangan risau, cara saya lembut je ;)

Nasihat saya lah kan?
 if ada kawan macam tu, learn something, kalau betul dia macam hantu belakang awak,haprak punya kawan, jangan lah kongsi apa apa yang penting and awak rasa boleh menjatuhkan awak kalau orang lain tahu dekat dia, and pasal dia burukkan awak, its okay. Manusia yang mendengar tu kalau bijak pandai dia tahu siapa yang buruk sebenarya, tu ha,, yang dok memburukkan tu buruk. tak payahlah nak balas dendam ke apa, terima je kay,

Ingat, apa yang keluar dari mulut dia tu, Allah yang gerakkan, mungkin jugak nasihat dari Allah dan mungkin jugak peringatan dari Allah kan :) Yang penting, kawan macam tu boleh dikategorikan sebagai ujian Allah jugak untuk kita to be a better person.

Ada salah satu pesan Nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya, 

"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebakan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan kamu kepada orang "

maafkan je. Forgive and forget. Orang tu pun pernah jadi kawan kita kan.dengan memaafkan je yang boleh buat kita hidup dengan tenang.yang penting kita ni cuba jadi yang terbaik, kawan yang terbaik. sebab apa taw? sebab kawan yang baik akan sentiasa dihargai. :)



paling manja


gula hati
sampai bila bila
                                 
okay, got to go. Moga moga entry kali ni bantu anda semua dalam handle situasi macam ni. Its okay untuk rasa mara ke apa ke, fitrah manusia tindak balas bila terluka. tapi bijak bijak dalam mengawalnya ya. Tak baik putuskan tali persaudaraan, ingat tu. banyak lagi cara lain untuk kita fikirkan. :) Ingat, apa pun, IKHLAS dalam apa pun pekara dan yang kita rasa. tahu kenapa? sebab

allah suka orang yang ikhlas, dan Allah sentiasa bersama dengan mereka yang ikhlas :)
hak cipta by Unknown di 1/16/2016 03:47:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cikgu? :Nimblebee Modern Islamic Montessori

Assalammualaikum?


Skip dua tiga hari tak tulis apa apa kat sini.
Actually quite busy lately,tp tak apa. I'll try my best to share something okay.
Alhamdulillah..cukup dua minggu kerja as kindergarden teacher dkt Nimblebee Modern Islamic Montessori Campus Alam Impian ni.

I thought this work quite easy lah..tp masya allah.. mental and fizikal memang kena sado plus simen tebal tebal lah cite dia .Bukan nak kata apa, sbb bila kerja yang involve dgn budak kecil ni, kesabaran sangat dan teramatlah diuji, macam mana nak deal dengan bermacam macam karenah dan ragam, how to console..how to entertain,how to teach and make them understand certain things.. macam macam lah.
Tapi, no matter how much tired or stress handling those kids, kerja tetap jadi satu benda yang sangat menyeronokkan sebab aaaaaaa sebab saya suka budak budak.hee..
Imagined k..tengah acah acah marah ni, tp dia buat muka comel pulak tengah2 kena marah..terus tak sampai hati nak marah. 
Hahaaha..but honestly, i'm having so much fun teaching them.



Ajar solat, tengah2 solat nak bawak teddy bear dia plak.., ada tu kacau kawan tinjau2 time sujud, ada tu songkok jatuh pakai balik..ada tu terus baring time sujud..ada tu bila saya pusing..kosong saf.*hahahaahha
Allahu..kelakar betul lah semua tu. 

Mengajar mereka tentang sesuatu yang mereka tak pernah didedahkan dan memberi pemahaman tentang apa yang dipelajari kena ada skill and technique.
Heee tu yang unik and berbeza dkt Nimblebee ni. 
Cara pembelajaran dan pengajaran banyak menggunakan apparatus dan object. Dorang tak menghadap buku sangat. Its more to practical.


Object2 sangat banyak dan mengikut kelas. For ex: ada 6 kelas. Candor,Dauntless,Amity,Erudite,Divergent,Funhouse.
Each class represent to certain subject. Contohnya Amity for islamic class.
Dekat nimblebee ni based on apa yang saya dapat lihat lah kan, student akan lebih cepat learn new things.and yang paling penting, dalam environment yang menyeronokkan mereka. 
Al kisahlah..tengah2 membesar, budak2 ni lebih deria mereka lebih terbuka, so mereka lebih cepat menerima bila mereka dapat menyentuh sesuatu pekara yang dipelajari.
Hahha..no worries coz no harm.
Hmmm to much to tell..tapi im run out of time now, so i will continue later k.
By the way, this two week teach me something new too.♡:)
hak cipta by Unknown di 1/15/2016 06:52:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Rebound in relationship. Pemulihan?Hubungan?

Assalammualaikum.





Hari ni, ingat nak mulakan entry tentang place2 yang pernah pergi..tp isu ni keep wondering in ma head.so i decided utk buat entry pasal ni dlu. apa yang dikatakan dgn "rebound" sebenarya? Saya tak berapa faham tentang apa itu rebound.tp disebabkan saya rasa tertarik utk mengulas..hahah...dah mcm apa kan. Saya nak kongsi bahawa definisi bg rebound terlalu meluas.terlalu ye kawan kawan☝. Kalau diterjemah secara literal ke dalam bahasa melayu..ertinya adalah pantulan..tp bagi kata seerti mungkin boleh digunakan maksud pemulihan.. allahuakhbar.dah kenapa guna ayat skema habis ni.
Okay..rebound ni dia ada mcm mcm maksud tp based on apa jgk la..contoh rebound dlm saham..dalam kesihatan..dalam bisnes ..dalam sukan bsket ball.dan mcm mcm2 lagi.tp dkt sini saya nak kongsi tentang rebound in relationship.

Okay.REBOUND IN RELATIONSHIP
Siapaa faham apa?its okay.let me help you guys by explaning it.
Rebound ni berlaku apabila dan dimana kita mencari sesuatu yang ada depan mata time kita tgh putus cinta ataupun luka dan menderita jiwa sengsara hanya utk mengubat hati yang sarat luka. Tp mungkin boleh jugak dikatakan ia boleh start lg awal dri tu.bila kita mula merasakan terlalu lain dgn hbungan cinta sesuatu tu kerana beberapa faktor.ada plak yang kata rebound ni macam sambaq ja pa depan mata utk pulihkan hati..padahai tak daq pa. Ada tu plak kata..rebound sbb nak move on..ada plak kata rebound sbb time tu sama sama tgh sakit..kau dgr masalah aku..aku dgr masalah kau..end up rasa saling memahami. *please..saya x percaya hubungan lelaki and perempuan yang just kawan ni.and lelaki boleh cari lelaki kot utk meluah..Hahah..tibe2 emo plak.okay continue.
Ada orang kata rebound ni tak bagus..tp ada jugak yang kata bagus.

Bagi saya..ia bergantung.
Bergantung pada siapa dan keadaan.kerana itu yang penting.
Andai saat tu Allah hantarkan sesorang untuk ubat hati..and dia okay..awak okay..its okay .tak payah pikir sangat pasal rebound rebound ni. Semua Allah yang gerakkan.
Tiap apa yang jadi..apa yang berlaku..rebound ke x..hape je lah..mmg Allah yg tetapkan. And yg pasti semuanya ada maksd tersembunyi. Hikmah yang baik.
Ada satu ayat ni kata.. Allah hantarkan seseorang pada kamu atas dua sebab je, 


1) sama ada dia jodoh kamu atau 2) sama ada dia ujian bagi kamu

Isu rebound ni..saya hanya anggap sebagai ujian Allah utl mguji hambanya dan juga sebagai takhdir hidup untk kita jalani. Tapi bagi megelakkan lantunan lantunan ni.hahah..sebab tu awak semua.. 
Bila sedang bersedih..sebaik baik tempat bergantung harap dan mengadu nasib hanyalah pada Allah. Cari Allah dahulu. Baru Cari manusia ciptaan nya.


Inn shaa allah dapat elakkan semua tu ye awak.Hidup ni terlalu indah untuk kita asyik mengeluh dengan masalah. Face semua dengan yakin and sabar. Allah sentiasa bukakn jalan penyelesaian buat hambanya. Awak awak semua... saya tahu ini soal hati, benda yang paling lah complicated, tapi ingat.. serumit apa pun sesuatu hal itu, andai mengadu pada yang satu, Allah akan sentiasa ada untuk bantu. :) 
hak cipta by Unknown di 1/10/2016 10:02:00 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

istilah terlambat ? Tak pernah ada Bro.


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Assalammualaikum,
Alhamdulillah atas kesempatan yang masih Allah pinjamkan. Hari ni masih dapat makan, masih dapat tidur, masih dapat bergerak, masih dapat itu ini dan macam macam lah dapat. tapi apa yang penting masih dapat peluang untuk tebus kesalahan dan dosa pada Allah, dan juga masih dapat membalas cinta Allah pada hambanya.

Dear ruang hati,
Allahu saya bukan manusia sempurna, jauh sekali insan mulia.Kalau hendak berbicara tentang kesalahan, mungkin ia sentiasa berselang seli dalam kehidupan saya di dunia yang sementara ni dari baligh sampailah saya dewasa. Saya juga pernah lali dan rebah, Tapi sahabat semua, jika kita mula sedar akan salah diri dan beranggapan salah itu terlalu besar mahupun kita terlambat untuk kembali pada pencipta..KITA SALAH. ye. Kita sentiasa ada peluang, bukan sekali dua yang Allah bagi, tapi peluang yang tak pernah berhabis utk hambanya sehingga saat ditarik nyawanya kelak.

Sahabat? 
cuba flasback semua ..semua nya dari kita mula kenal dengan apa itu dunia.
Bermacam salah dan dosa yang kita buat sama ada yang kecil mahupun besar. Tapi Allah tu tak pernah kejam dengan kita kan?

Allah tak pernah marah dengan hambanya lalu terus menarik balik segala nikmat yang Allah bagi pinjam pada kita, tak ada der lepas kita buat salah tu, Allah terus butakan mata kita, teurs pekakan telinga kita, terus bisukan mulut kita, terus hilangkan kaki kita.... Takkan? Ye. Memang tak. Sebab Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Pengampun.

Dalam banyak2 sifat Allah,Allah punya satu sifat yang dipanggil AL- RAHIM. tahu tak, kerana sifat Allah inilah, ia sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui orang lain. Allah jaga kita, Allah lindung kita even kita buat apa pun. Tpi janganlah ambil kesempatan pada hal itu,Tahu tak? Diantara banyak banyak pintu, pintu yang paling besar dan luas terbentang adalah pintu Taubat Allah kepada kita hambanya. Jangan balas cinta Allah dengan dusta . Hargai Cinta yang ada, tebus dan kembali apda cinta agung yang setia.
 Okay la, saya mahupun awak, bertudung labuh mahupun bertudung bidang biasa, bersongkok ataupun rambut tercacak cacak,,

setiap dari kita tidak dapat lari dari melakukan dosa . Pada awal lagi kita tahu Syaitan sudah berjanji tidak akan pernah berhenti menyesatkan anak cucu adam. tetapi, nabi muhammad pernah bersabda

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan (dosa) dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang sentiasa bertaubat”.
 ( Hadis Riwayat Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan Dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm ayat 32 )

Sahabat, takkan nak tunggu tua, takkan nak tunggu sakit, takkan nak tunggu terseksa merana dan menderita. tak pun takkan nak tunggu dosa cenggitu je sampai boleh jadi koleksi dari semasa ke semasa. Ingat bro! Ingat sis! 
Maut tak datang bagi salam, Maut tak datang mintak izin, Maut tak datang buat appoinment, Maut tak datang bagi alarm. Mmeang sekarang tak rasa apa, sebab hangpa semua tak pernah bayang kat akhirat kelak cemana, cuba bayang seminit dua, bayang, :)
 Awak awak semua,
Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang melakukan maksiat berpuluh-puluh tahun tetapi apabila dia bertaubat dan kembali menyesali perbuatannya itu taubatnya di terima dan dia bersih daripada segala dosa.
ok.la. moga coretan kali ni memberi input pada yang membaca. Moga sama sama bersatu di syurga.

hak cipta by Unknown di 1/09/2016 11:02:00 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Quran Motivation

"..So hold that which I have given you and be of the grateful"
(7:144)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to the patient ones."
(2:155)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"And your Lord says, "Call upon Me; I will respond to you." "
(40:60)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"But sufficient is your Lord as a guide and a helper."
(25:31)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"..I only complain of my suffering and my grief to Allah.. "
(12:86)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity.."
(2:286)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"So verily, with the hardship, there is relief.Verily, with the hardship, there is relief."
(94:5-6)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

" And seek (Allah's) help through patience and prayer.."
(2:45)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

" It is You we worship and You we ask for help."
(1:5)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"..Indeed, no one despairs of relief from Allah except the disbelieving people."
(12:87)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient."
(2:153)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers."
(3:139)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"And [mention] Job, when he called to his Lord, "Indeed, adversity has touched me, and you are the Most Merciful of the merciful.""
(21: 83)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"Is not He (Allah) who responds to the distressed one, when he calls Him.."
(27:62)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

" So We responded to him and saved him from the distress. And thus do We save the believers."
(21:88)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"And whatever of blessings and good things you have, it is from Allah. Then, when harm touches you, unto Him you cry aloud for help."
(16:53)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"..And whosoever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty)."
(65:2)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"My Lord, enable me to be grateful for Your favor which You have bestowed upon me and upon my parents and to work righteousness of which You will approve and make righteous for me my offspring. Indeed, I have repented to You, and indeed, I am of the Muslims."
(46:15)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

"No disaster strikes except by permission of Allah . And whoever believes in Allah - He will guide his heart. And Allah is Knowing of all things."
(64:11)
~~**~~**~~**~~**~~**~~

add saya kat sini :)

Ai Ra Natasya

Create your badge

~my life ~

~my life ~

kekasih hati

kekasih hati

cinta

cinta

nukilan ku...

  • January (6)
  • December (1)
  • February (1)
  • January (1)
  • December (1)
  • November (1)
  • June (1)
  • March (1)
  • February (1)
  • December (3)

petal's leaf >>>

Powered By Blogger


"Cinta pada ALLAH"

Popular Posts

  • La Tahzan (jgn bersedih) ,La Taghdab (jgn marah), La Tahinu (jgn lemah) Qawi lillahitaala (Kuatlah kerana Allah S.W.T)
    Assalamulaikum.. ukhuwah fi’llah La Tahzan (jgn bersedih) ,      La Taghdab (jgn marah) ,    La Tahinu (jgn lemah)   Q...
  • Rebound in relationship. Pemulihan?Hubungan?
    Assalammualaikum. Hari ni, ingat nak mulakan entry tentang place2 yang pernah pergi..tp isu ni keep wondering in ma head.so i d...
  • Lagi Sweet :)
    Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum w.b.t , ukhuwah fi’llah..Wahai Sahabat? Kadang kadang pernah tidak kita bercakap dgn AL...
  • Cikgu? :Nimblebee Modern Islamic Montessori
    Assalammualaikum? Skip dua tiga hari tak tulis apa apa kat sini. Actually quite busy lately,tp tak apa. I'll try my best to sha...
  • In Shaa Allah selagi kita bersaudara
    Assalamualaikum w.b.k.t Ukhuwah Fillah,, Sesungguhnya,, doa itu senjata orang mukmin,, Ya Allah, terima kasih kerana telah membuka ...
  • Kawan : Bercakap Belakang Kawan and yet masih berkawan?
    Assalammualaikum awak awak. Happyy weekends. Moga moga hujung minggu anda semua produktif lah hendaknya. Kalau dapat buat sesuatu ...
  • Hijrah & Hidayah
    assalamualaikum w.b.t ukhuwah fi'llah Setelah sekian lama jari ini berehat dari mengungkapkan kata kata..setelah sekian lam...
  • istilah terlambat ? Tak pernah ada Bro.
    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Assalammualaikum, Alhamdulillah atas kesempatan yang masih Allah pinjamkan. Hari ni masih dapa...
Backgrounds & Flower Backgrounds

dunt 4 get be my folloewrs ^_^


nuttoucha!!!!. Watermark theme. Powered by Blogger.